Wednesday, February 10, 2010

Konsep Pelan Takaful Keluarga






Ikhlas Comprehensive Group Takaful

Pengenalan

IKHLAS COMPREHENSIVE GROUP TAKAFUL dicipta untuk meminimakan risiko pilihan dan untuk memberi perlindungan asas Takaful untuk kumpulan pekerja (para peserta) yang dilindungi selain wujudnya elemen simpanan untuk persaraan. Pelan ini berasaskan kiraan unit untuk penyertaan dan kosnya hanya RM10.00 seunit.

Sumbangan dibayar sehingga tempoh matang polisi. Manfaat kematangan ialah jumlah sumbangan terkumpul (bersih dari sebarang caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA).

Apakah yang Dilindungi oleh IKHLAS Comprehensive Group Takaful?

Jumlah perlindungan akan dibayar kepada waris atau keluarga terdekat peserta sekiranya berlaku kematian biasa


2 kali jumlah perlindungan akan dibayar kepada waris atau keluarga terdekat peserta sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan


Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh (TPD) (disebabkan semua sebab) kepada peserta, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 10 ansuran tahunan samarata, bermula dari tarikh pengesahan TPD

Ikhlas Group Hospitalization & Surgical Takaful

Pengenalan

Program ini menawarkan perlindungan komprehensif mengikut perbelanjaan perubatan yang dikenakan akibat:

1) Rawatan Perubatan Pesakit Luar / Perbelanjaan - perbelanjaan Rawatan

2) Rawatan Di Hospital dan Penjagaan Pemulihan yang diakibatkan oleh penyakit, serta penyakit akibat kecederaan kemalangan.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Hospitalisation & Surgical Takaful?

Program ini melindungi:-

1) Penjagaan/Rawatan Pesakit Luar


1a) Penjagaan/Rawatan Pesakit Luar dengan Pengamal-pengamal Perubatan Am (GP) yang berdaftar disebabkan oleh penyakit biasa dan kecederaan tubuh badan, di mana kemasukan ke hospital tidak diperlukan. Manfaat ini boleh diguna-pakai di Malaysia sahaja di dalam bentuk dua pelan.

a) Pelan Utama
Pelan Utama melindungi keperluan perubatan utama atas nasihat dan arahan seorang Panel Pengamal Perubatan (seperti senarai klinik-klinik panel). Perkhidmatan-perkhidmatan yang dilindungi akan diberikan tanpa caj kepada orang yang dilindungi dengan syarat orang yang dilindungi mengemukakan Pengenalan Keahlian Diri berserta dengan Kad Pengenalannya. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Bukan-Panel tidak akan dilindungi, kecuali semasa berlaku kecemasan.


(i) Khidmat Rundingan Rutin
Melindungi caj-caj khidmat rundingan secara rutin oleh pakar perubatan di Klinik Panel.

(ii) Pengubatan
Melindungi kos pengubatan, yang memerlukan preskripsi (arahan penggunaan ubat) oleh Pakar Perubatan di Klinik Panel.

(iii) Suntikan
Melindungi kos suntikan yang memerlukan pengurusan /administrasi Pakar Perubatan atau Pembantu Pakar Perubatan di Klinik Panel.

(iv) Diagnostik Makmal/ Prosedur X-ray
Melindungi kos makmal dan prosidur X-ray yang dilakukan di Klinik Panel.

(v) Prosidur-prosidur Pembedahan Pesakit-Luar
Melindungi kos prosidur pembedahan pesakit-luar yang dilakukan di Klinik Panel.

Pelan Pilihan
Pelan ini merupakan pengluasan kepada Pelan Utama di mana perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik bukan-panel adalah dilindungi berdasarkan proses pembayaran semula.

1b) Rawatan/Penjagaan Pesakit –Luar di Pusat Perubatan Pakar yang disahkan berdaftar akibat oleh penyakit tertentu dan kecederaan tubuh badan, di mana kemasukan ke hospital tidak diperlukan. Orang yang dilindungi mestikan mendapatkan surat rujukan daripada Panel Pengamal-pengamal Perubatan Am (GP), yang merujukkan ia kepada khidmat Rundingan Pakar. Manfaat ini hanya diguna-pakai di Malaysia sahaja.
(i) Khidmat Rundingan
Melindungi khidmat rundingan oleh seorang pakar (kecuali bila khidmat rundingan merupakan khidmat rawatan susulan selepas pesakit dibenarkan keluar daripada Hospital atau selepas Prosidur Rawatan Harian), yang dilindungi di bawah Manfaat Hospital & Pembedahan.

(ii) Pengubatan
Melindungi kos perubatan, yang memerlukan preskripsi ( arahan /nasihat penggunaan ubat) oleh pakar.

(iii) Suntikan
Melindungi kos suntikan yang memerlukan pengurusan /administrasi Pakar Perubatan atau Pembantu Pakar Perubatan

(iv) Diagnostik Makmal/ Prosidur-prosidur X-ray
Melindungi kos makmal dan prosidur-prosidur X-ray yang dilakukan oleh seorang pakar.

(v) Prosidur-prosidur Pembedahan Pesakit-Luar
Melindungi kos prosidur-prosidur pembedahan pesakit-luar yang dilakukan oleh seorang pakar.

2) Rawatan Di Hospital dan Penjagaan Pemulihan yang diakibatkan oleh penyakit, serta penyakit akibat daripada kecederaan disebabkan oleh kemalangan

Program ini atau manfaat ini memberikan perlindungan komprehensif bagi perbelanjaan-perbelanjaan perubatan yang diakibatkan oleh kemasukan ke hospital, atas nasihat Pengamal Perubatan, akibat daripada penyakit atau kecederaan kemalangan. Manfaat ini diguna-pakai di seluruh dunia, tertakluk kepada Klausa yang digunapakai di bawah Definisi.

Pelan ini melindungi


2a) Penjagaan/Rawatan Kemasukan Ke hospital

i) Bilik hospital dan bilik penginapan tambahan (Swasta/Kerajaan) termasuk bilik biasa dan bilik unit rawatan rapi.

ii) Bekalan & Perkhidmatan-perkhidmatan Hospital

iii) Yuran Pembedahan

iv) Yuran Pakar Bius

v) Caj Bilik Pembedahan

vi) Yuran Pakar Perubatan Dalaman Hospital

vii) Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan

viii) Cukai Perkhidmatan Hospital

2b) Lain-lain Perkhidmatan & Rawatan Perubatan

i) Perkhidmatan Pra-Pembedahan/ Diagnostik Perubatan

ii) Rundingan Pra-Pembedahan/ Rundingan Pakar Perubatan

iii) "Second Surgical Opinion"

iv) Rawatan Susulan Selepas Hospitalisasi (selepas keluar hospital) & Prosedur Rawatan Susulan Harian.

v) Rawatan Kemalangan Pesakit-Luar

vi) Rawatan Pergigian Kecemasan

vii) Prosedur Rawatan-Harian

viii) Yuran Ambulans

ix) Rawatan Kecemasan Pesakit Luar

x) Yuran Laporan Rawatan Perubatan.

Ikhlas Takaful Group Immediate Death Expenses Takaful (Khairat Kematian)

Diskripsi Pelan

Pelan in adalah untuk meminimakan risiko pilihan dan untuk memberi perlindungan takaful yang sama kepada kumpulan peserta yang dilindungi.

Skop Perlindungan

(i) Majikan atau organisasi adalah Pemegang Kontrak Induk.

(ii) Jumlah Perlindungan Bertahap
Tempoh perlindungan satu tahun untuk sesuatu kumpulan peserta dengan jenis-jenis pelan berbeza yang direkacipta. Pelan tipikal yang dicipta selalu mengandungi ciri-ciri berikut:

(a) Pelan Jumlah Perlindungan Serata seperti RM1,000 untuk semua peserta

(b) Jumlah Perlindungan berdasarkan kategori pekerjaan seperti :
-Kategori Pekerjaan Jumlah Sumbangan
-Pengurus Kanan RM2,500
-Pengurus RM2,000
-Eksekutif RM1,000

(c) Jumlah Perlindungan berdasarkan kategori pekerjaan seperti :
-Kategori Keahlian Jumlah Sumbangan
-Ahli Utama RM2,500
-Pasangan Ahli RM2,000
-Anak Ahli RM1,000

(iii) Kematian yang diakibatkan kemalangan atau sebab-sebab biasa. Sekiranya berlaku kematian kepada peserta dalam tempoh polisi, Jumlah Sumbangan (SC) berserta dengan lebihan di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) peserta akan dibayar, sekaligus kepada Pemegang Polisi Induk atau kepada waris atau keluarga terdekat peserta.

Ikhlas Group term Takaful

Pengenalan

Group Term Takaful pelan pembaharuan tahunan yang ditawarkan kepada sekumpulan orang yang berada di bawah satu polisi induk. Pelan ini dicipta untuk memberi perlindungan kepada ahli-ahli yang menyertai perkumpulan menggunakan kaedah pengunderaitan dan harga yang telah dipermudahkan.

Para peserta selalunya adalah ahli kepada :


Kumpulan Pekerja
Kumpulan Persatuan
Lain-lain kumpulan yang dibentuk untuk tujuan selain daripada pembelian insurans.
Para peserta/ahli-ahli yang menyertai pelan akan dilindungi daripada segi kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka seperti berikut bergantung kepada jenis perlindungan yang diambil:
Kematian (Biasa & Kemalangan)
Kehilangan Upaya Menyeluruh ((Biasa & Kemalangan)
Manfaat Perbelanjaan Pengkebumian
Kelebihan membeli untuk para pekerja atau ahli-ahli:
Untuk menampilkan imej prihatin majikan/persatuan
Untuk meningkat moral dan proktiviti para pekerja
Untuk menarik minat bekerja dan mengekalkan para pekerja atau ahli-ahli
Untuk menikmati pengurangan cukai
Untuk memenuhi permintaan semasa rundingan perburuhan.
Manfaat

Kematian

Menawarkan perlindungan atas semua sebab kematian.
Manfaat selalunya akan diberi secara bayaran sekaligus berdasarkan gandaan ke atas gaji terakhir atau Jumlah Perlindungan Yang Ditetapkan.
Manfaat Kehilangan Upaya Menyeluruh (TPD)*
Menawarkan perlindungan bagi semua sebab kematian
Manfaat selalunya dibayar sekaligus berdasarkan Jumlah Perlindungan Yang Ditetapkan.
Sekiranya berlaku kematian atau Kehilangan Upaya Menyeluruh peserta, manfaat yang dibayar ialah jumlah :
Jumlah Perlindungan
Jumlah yang terkumpul daripada PRIA
Keuntungan daripada PRIA
Lebihan yang dikongsi daripada Dana Risiko.
*Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada manfaat ini.

Kelayakan :
Umur Penyertaan: 18-55 tahun, lelaki/perempuan, perokok dan bukan perokok tertakluk kepada keperluan minimum 10 hayat pernyertaan. Jumlah melebihi daripada had bukan-perubatan (had perlindungan percuma) memerlukan bukti keinsuranan sebelum perlindungan berkuatkuasa. Takaful IKHLAS berhak untuk mengubah keperluan-keperluan ini bila dan di mana bersesuaian.

Takaful IKHLAS berhak untuk melanjutkan had ini, tertakluk kepada umur maksimum 64 tahun bila dan di mana bersesuaian.

Umur tamat penyertaan : 65 tahun

Takaful IKHLAS akan memberi kelonggaran (fleksibiliti) berdasarkan sesuatu kes tertakluk kepada had-had pengunderaitan dan takaful semula (retakaful)

Maklumat yang diperlukan :
Nama syarikat
Jenis perniagaan
Nama/ID Kakitangan
Tarikh lahir
Jantina
Gaji (jika jumlah perlindungan adalah berdasarkan gandaan gaji terakhir)
Jumlah perlindungan ( Tetap atau gandaan gaji)
Pengalaman tuntutan dalam tempoh 3 tahun lalu
Perlindungan semasa.

Contoh Quotation - Khairat (Umur Ahli 18-69 Tahun)

PELAN UNTUK INDIVIDU(SEORANG)




PELAN UNTUK SEKELUARGA

Tuesday, February 9, 2010

Kerap minum air soda berisiko kena kanser pankreas

Kerap minum air soda berisiko kena kanser pankreas

WASHINGTON 8 Feb. - Mereka yang minum sekurang-kurangnya dua tin minuman soda seminggu menanggung risiko lebih tinggi menghidap kanser pankreas.
Satu kajian melibatkan lebih 60,000 orang di Singapura mendapati mereka yang kebanyakannya minum jus buah-buahan sebagai ganti minuman ringan tidak mengalami risiko yang sama.

Gula mungkin menjadi puncanya tetapi mereka yang kerap mengambil minuman soda selalunya mempunyai tabiat lain yang tidak baik untuk kesihatan, kata ketua kajian, Mark Pereira daripada Universiti Minnesota hari ini.
"Kandungan gula yang tinggi dalam minuman soda boleh meningkatkan paras insulin dalam badan dan kami berpendapat peningkatan paras insulin menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser pankreas," menurut Pereira dalam satu kenyataan.
Insulin, sejenis hormon yang membantu badan menguraikan gula, dihasilkan dalam pankreas.

Pereira dan rakan-rakan yang menulis dalam jurnal Cancer Epidemiology Biomarkers & Prevention berkata, mereka mengikuti perkembangan kesihatan 60,524 lelaki dan wanita dalam Kajian Kesihatan Cina Singapura selama 14 tahun.
Dalam tempoh itu, 140 sukarelawan tersebut disahkan menghidapi kanser pankreas. Mereka yang minum sekurang-kurangnya dua tin minuman soda seminggu mengalami risiko 87 peratus lebih tinggi termasuk di kalangan pesakit kanser pankreas itu.
Kanser pankreas adalah antara jenis kanser yang paling berbahaya, dengan 230,000 kes dikesan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat (AS), 37,680 orang didiagnosis menghidapi kanser pankreas dalam setahun dan 34,290 meninggal dunia akibat penyakit itu.

Persatuan Kanser Amerika melaporkan, hanya kira-kira lima peratus pesakit kanser pankreas masih hidup lima tahun selepas mula didiagnosis. - Reuters

Monday, February 8, 2010

Khairat (Umur 18-79 Tahun)

PELAN UNTUK INDIVIDU(SEORANG)




PELAN UNTUK SEKELUARGA

Monday, February 1, 2010

AWARDS WIN






Best Takaful Provider 2008 & 2009

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.islamicfinancenews.com%2Fpdf%2Fpolls09.pdf&h=9b23549a4655e7215a3f2430cea7582f

Soalan Yang Selalunya di Tanya (FAQ)

1. Berapakah umur minima dan maksima untuk menyertai pelan-pelan takaful keluarga Takaful Ikhlas?
Jawapan: Umur minima penyertaan ialah 1 bulan dan maksima ialah 55 tahun, sama bagi lelaki dan wanita.

2. Berapakah jumlah caruman minima dan berapa pula caruman maksima?
Jawapan: Jumlah caruman minima ialah RM52.50 sebulan. Tiada had bagi caruman maksima, tertakluk kepada kelulusan 'underwriting' oleh syarikat. Jumlah caruman bergantung kepada jumlah perlindungan yang diperlukan oleh peserta.

3. Apakah takaful keluarga bermaksud perlindungan kepada semua ahli keluarga peserta?
Jawapan: Takaful keluarga hanya bermaksud takaful yang melindungi hayat peserta, seerti dengan 'insurans nyawa' dalam insurans konvensional. Perlindungan takaful keluarga melindungi peserta takaful yang berkenaan sahaja, bukan satu keluarga. Untuk melindungi setiap ahli keluarga, setiap ahli perlu menyertai secara individu.

4. Bagaimanakah cara membuat/membayar caruman takaful?
Jawapan: Caruman takaful boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali. Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji, autodebit akaun bank, bayaran melalui kad kredit atau pun melalui transaksi internet seperti maybank2u atau cimbclicks.

Bagi peserta yang membayar secara suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali, Takaful Ikhlas akan memberikan anda diskaun sehingga 4%.

5. Bolehkah wang simpanan takaful dikeluarkan sebelum polisi matang?
Jawapan: Boleh, selepas 5 tahun polisi anda berkuatkuasa anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda, tertakluk kepada 50% jumlah simpanan terkumpul dan maksima 3 kali pengeluaran sepanjang tempoh takaful. Caj pengeluaran ialah RM12.

6. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk penyelesaian sesuatu tuntutan?
Jawapan: Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan pelanggan, Takaful Ikhlas komited untuk menyelesaikan setiap tuntutan peserta secepat mungkin. Melalui pengalaman saya, sekiranya segala dokumen dan borang adalah lengkap, maksima ialah 1 bulan dari tarikh dokumen diterima oleh syarikat.

7. Apakah kelebihan menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan:
1. Takaful Ikhlas adalah sebuah syarikat takaful yang kukuh, mempunyai barisan pengurusan yang mantap, disokong oleh para pegawai dan kakitangan yang berdedikasi. Akses kepada pegawai dan kakitangan adalah mudah dan segala tuntutan diselesaikan dalam masa yang cepat.
2. Pelan-pelan perlindungan dan juga operasi syarikat diawasi oleh Jawatankuasa Syariah yang berperanan memastikan kepatuhan Syariah pada setiap masa.
3. Pelan-pelan perlindungan Takaful Ikhlas bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian dan ketidakpastian besar (gharar fahisy).
4. Perlindungan 39+1 penyakit kritikal, yang terbanyak di pasaran.
5. Faedah pengecualian sumbangan sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal keseluruhan atau menghidap penyakit kritikal. Peserta yang membayar sendiri akan dikecualikan bayaran jika menghidap penyakit kritikal.
6. Bayaran perlindungan takaful, jika sekiranya peserta atau pembayar meninggal dunia, boleh terus dihibahkan kepada waris yang layak. Dengan itu, waris tidak perlu melalui proses mahkamah yang memakan masa.

8. Adakah Takaful Ikhlas membayar zakat simpanan bagi pihak peserta? Perlukah peserta membayar sendiri zakat simpanan setiap tahun?
Jawapan: Takaful Ikhlas tidak membayar zakat bagi pihak peserta. Zakat yang dibayar oleh syarikat hanyalah zakat perniagaan. Peserta tidak perlu membayar zakat simpanan setiap tahun. Zakat sebanyak2.5% hanya perlu dibayar apabila peserta mengeluarkan semua simpanan apabila polisi matang.

9. Bagaimanakah cara menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan: Anda perlu menyertai melalui wakil-wakil Takaful Ikhlas yang sah dan berkelayakan. Wakil-wakil takaful akan berbincang dan mengenalpasti keperluan takaful anda dan mencadangkan pelan perlindungan yang bersesuaian.

10. Apakah yang akan saya terima sebagai bukti penyertaan dan bukti bayaran-bayaran yang telah dibuat?
Jawapan: Dalam tempoh sebulan anda menyerahkan borang dan dokumen, anda akan menerima senaskhah polisi melalui wakil takaful anda sebagai bukti anda telah menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas. Setiap tahun anda juga akan menerima penyata bayaran bagi tujuan pelepasan cukai dan satu lagi penyata mengenai jumlah simpanan terkumpul. Anda perlu menyimpan naskhah polisi anda dengan baik dan memaklumkan kedudukannya kepada pasangan/ahli keluarga untuk kemudahan pada masa depan.

Takaful Dan Anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin berpendapat hidup anda sama saja dengan orang lain, ada perlindungan takaful/insurans atau tidak, tidak menjadi kerisauan kepada anda. Jika anda seorang yang kaya-raya seperti Bill Gate atau Donald Trump atau tergolong dalam 10 individu terkaya di Malaysia , mungkin anda berhak berfikiran demikian. Namun, jika anda tidak sedemikian, mungkin anda ingin fikirkan perkara-perkara berikut:

1- Kematian adalah suatu hakikat, dan ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jika anda sebagai ketua keluarga tiba-tiba meninggal dunia, adakah anda fikir anda telah meninggalkan harta yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak anda terus mengekalkan cara hidup semasa? Bagaimana jika dengan ketiadaan anda, mereka tiba-tiba terus jatuh miskin dan hidup serba kekurangan? Bayangkan isteri terpaksa bekerja lebih masa dan anak-anak mungkin ada yang terpaksa berhenti sekolah? Bagaimana pula dengan ibu-bapa yang anda tanggung di kampung? Adakah anda rela membiarkan perkara ini berlaku kepada anda dan keluarga anda yang anda cintai?

2- Pelbagai penyakit kritikal menyerang pada usia yang lebih muda atau pertengahan dan kos rawatan yang meningkat kira-kira 14% setahun di Malaysia. Apakah anda fikir, jika anda tanpa disedari didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok atau kegagalan buah pinggang. Adakah anda mempunyai wang simpanan yang banyak untuk membiayai kos perubatan anda? Tanpa perlindungan takaful, anda mungkin terpaksa menjual harta-benda seperti tanah dan rumah, atau anda terpaksa mengeluarkan wang simpanan/pelaburan yang sepatutnya digunakan untuk hari persaraan anda? Bagaimana jika anda tiada harta atau simpanan yang banyak, sanggupkah anda merayu kepada orang ramai? Atau sanggupkah anda menanti giliran yang panjang di hospital-hospital kerajaan?

2 contoh masalah di atas sebenarnya dapat ditangani dengan menyertai pelan perlindungan takaful. Dengan pelan takaful, anda dapat menyediakan wang perlindungan musibah secara serta-merta. Malah, takaful dapat membantu anda menguruskan beberapa risiko musibah yang lain spt. hilang upaya keseluruhan dan kekal dengan penuh persediaan dan ketenangan fikiran. Bayangkan dengan penyertaan RM200 sebulan anda mampu mendapat perlindungan komprehensif dengan jumlah pelindungan melebihi RM150,000. Bukan itu saja, jumlah caruman tahunan anda ini malah berhak mendapat pelepasan cukai kerajaan sehingga RM9,000 setahun.

Skim perlindungan takaful adalah berasaskan konsep tolong-menolong dan saling jamin-menjamin sesama peserta, bertepatan dengan firman Allah dalam al-Quran:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan"

(Surah al-Maidah:2)



Skim perlindungan takaful juga digerakkan berdasarkan nas-nas berikut:


"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang menjadi penjaganya, jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka"

(Surah an-Nisa':9)



Nabi Muhammad s.a.w:

"Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

(Riwayat Bukhari)



Nas al-Quran dan Hadis di atas telah menekankan kepentingan merancang dan menguruskan musibah dengan baik. Hendaklah seseorang penjaga menjaga kemaslahatan ahli keluarganya semasa hidupnya dan juga selepas ketiadaannya. Maka, seharusnyalah kita memastikan kita mempunyai pelan perlindungan yang bersesuaian menurut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Faedah-faedah menyertai Takaful secara ringkas.

Dengan menyertai takaful, pertamanya kita telah menyahut seruan al-Quran dan Hadis. Keduanya kita telah meletakkan diri kita dan keluarga dalam keadaan bersedia. Jika berlaku apa-apa musibah, kita akan dapat menghadapinya dengan keadaan yang lebih baik.

Ketiganya, kita telah menepati kehendak Allah dalam soal bantu-membantu dan jamin-menjamin sesama peserta jika musibah melanda. Keempat, kita berpeluang membuat amal jariah secara konsisten dengan menyumbang ke dalam akaun tabarru' (derma bersyarat). Kelimanya, kita dapat membantu mengukuhkan ekonomi dan sosial umat Islam. Bayaran zakat oleh syarikat takaful, sebagai contoh, dapat digunakan untuk kemaslahatan umat Islam di Malaysia atau di negara-negara umat Islam lain yang memerlukan.

Keenam, produk takaful bebas dari riba', judi dan gharar yang terdapat pada insurans konvensional. Kelapan, anda layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM9000 setahun. Tentunya lebih baik jika wang cukai dapat digunakan untuk kegunaan dan kemaslahatan diri sendiri dan keluarga.

Penyertaan dalam takaful sebenarnya banyak memberikan faedah kepada anda. Yang membezakan ialah sama ada faedah itu besar atau kecil. Jika berlaku musibah anda menang besar i.e. dapat faedah perlindungan. Jika tiada apa-apa musibah berlaku pula, anda sebenarnya menang kecil i.e. anda dapat semula semua atau hampir semua wang simpanan anda dengan sejumlah pulangan tertentu.

Jadi dengan sebegitu banyak kelebihannya, eloklah kita menetapkan pendirian kita dengan serius dan segera mendapatkan pelan takaful untuk diri dan keluarga kita. Sementara masa masih ada, kesihatan masih baik, gunakanlah kesempatan yang ada untuk menjamin masa depan yang terbaik.

Laluannya sudah tersedia luas.....keputusan di tangan anda..... masa depan anda, andalah yang menentukan.

Sekian!

Tindakan Yang Perlu Di Ambil Sebelum Menyertai Pelan Takaful

1. Tentukan jenis risiko yang anda perlu lindungi
Jenis takaful yang anda perlu merujuk kepada apakah bentuk musibah atau risiko yang anda perlu lindungi. Jika anda adalah seorang ketua keluarga, anda perlu melindungi risiko kematian pra-matang, risiko hilang upaya kekal keseluruhan (TPD), risiko kemalangan dan risiko penyakit kritikal. Anda juga perlu menambah perlindungan yang membiayai rawatan hospital, khususnya bagi anda yang bekerja sendiri atau bagi anda yang tidak diberi kemudahan rawatan perubatan oleh majikan.

Jika anda tidak mempunyai tanggungan, anda perlu melindungi risiko hilang upaya kekal keseluruhan (TPD), risiko kemalangan, risiko penyakit kritikal dan menambah perlindungan yang membiayai rawatan hospital.

2. Tentukan jumlah perlindungan yang mencukupi bagi setiap risiko
Bagi setiap individu, jumlah perlindungan yang diperlukan adalah berbeza. Sebagai contoh, bagi melindungi risiko kematian pra-matang, untuk anda yang mempunyai tanggungan dan sejumlah hutang, anda perlu mengambil jumlah perlindungan yang dapat membiayai kos sara hidup bulanan purata keluarga anda sekurang-kurangnya selama satu tahun dan dapat melangsaikan kesemua hutang-hutang anda. Ini adalah untuk mengelakkan kualiti kehidupan keluarga anda berubah secara drastik dan memberikan masa yang mencukupi bagi balu anda dan keluarga untuk menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan baru.

Bagi melindungi risiko penyakit-penyakit kritikal, anda perlu mengambil jumlah perlindungan yang lebih tinggi sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit-penyakit tertentu seperti kanser, kencing manis atau darah tinggi.

3. Utamakan jumlah perlindungan yang mencukupi berbanding komitmen anda
Anda membeli sesuatu produk adalah untuk mendapatkan kegunaan dan fungsi maksima daripada produk tersebut, betul? Jadi prinsip yang sama perlu diaplikasikan dalam penyertaan pelan takaful. Cara yang betul; tentukan jenis risiko yang perlu dilindungi --> tentukan jumlah perlindungan yang mencukupi bagi setiap jenis risiko --> beri komitmen kewangan yang diperlukan.

Jika anda tetapkan jumlah komitmen bulanan anda, anda mungkin dapat mengawal perbelanjaan anda, tetapi pelan takaful anda tidak dapat memberikan 'khidmat terbaik' kepada anda apabila tiba waktunya. Pilih cara yang betul.


4. Pilih syarikat takaful yang cekap dan memberikan khidmat terbaik
Sebuah syarikat takaful yang cekap adalah amat mustahak, pertamanya dari segi IT kerana segala data dan maklumat pelanggan diurus dengan baik dan selamat serta sentiasa dikemaskini. Keduanya, ia perlu mempunyai tahap perkhidmatan pelanggan yang mantap, khususnya kepantasan menguruskan tuntutan dan kemudahan untuk dihubungi. Pendekatan syarikat adalah semestinya untuk berusaha membantu pelanggan pada waktu memerlukan, bukan mencari pelbagai alasan untuk tidak membayar tuntutan hanya kerana untuk membuat untung.

5. Pilih penasihat takaful yang amanah, berpengetahuan dan berdedikasi
Penasihat takaful yang amanah, berpengetahuan dan berdedikasi amatlah mustahak kerana beliau menjadi pengantara antara anda dan pihak syarikat pengendali takaful. Penasihat anda sepatutnya mampu mencadangkan produk yang terbaik berdasarkan situasi dan keperluan anda. Selain itu, beliau perlu memastikan bahawa polisi anda sentiasa efektif (tidak luput), maklumat anda sentiasa dikemaskini dan sebarang tuntutan diselesaikan dalam tempoh yang munasabah. Beliau juga perlu mudah dihubungi pada setiap masa.

Semoga panduan serba ringkas ini dapat membantu anda. Terima kasih ;)

Takaful Berkelompok Khairat Kematian (Takaful Malaysia)

Panduan Kos Perubatan Bagi Pemyakit Kritikal


Sebagai panduan kepada anda, berikut adalah contoh kos rawatan penyakit kritikal:

1. Tumor otak: RM50k-RM60k

2. Kanser paru-paru: sehingga RM120k

3. Pemindahan hati: sehingga RM300k

4. Pemindahan spinal: sehingga RM20k

5. Pemindahan sum-sum tulang: RM40k per sesi

6. Pintasan jantung: sehingga RM50k

7. Kanser payudara: sehingga RM30k

8. Strok dengan pendarahan: RM50k

9. Pemindahan buah pinggang: sehingga RM50k.

*kesemua kos rawatan bagi penyakit-penyakit di atas adalah bagi tahun 2004. Kos semasa adalah lebih tinggi.

Bagi membantu anda mengurangkan beban rawatan hospital, Takaful Ikhlas menyediakan 5 pakej rawatan Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT- medical card) pada harga yang sangat berpatutan.

Bertindak bijaklah sekarang dengan mengambil perlindungan IMAT dari Takaful Ikhlas. Elakkan pembiayaan kos rawatan daripada simpanan/pelaburan anda, elakkan karenah hospital kerajaan dan masa menunggu yang lama.

Dengan kad perubatan IMAT, anda dapat berjimat di samping mendapat jaminan rawatan yang cepat dan selesa di hospital-hospital swasta panel kami yang anda sukai.

Utk maklumat lanjut,sila hubungi saya. Terima kasih.

SENARAI 40 PENYAKIT KRITIKAL

Berikut saya senaraikan 40 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. melalui IKHLAS Critical Illness Rider yang boleh disertakan bagi pelan takaful simpanan, pendidikan, investment-linked dan wanita :

1. Strok/Angin ahmar
2. Serangan sakit jantung
3. Penyakit arteri yang memerlukan pembedahan
4. Lain-lain penyakit arteri koronari yang serius
5. Arterektomi koronari
6. Penggantian injap jantung
7. Pembedahan aorta
8. Koma
9. Hipertensi arteri pulmonari utama
10. Ketumbuhan otak tidak merebak
11. Penyakit radang otak
12. Meningitis bakteria
13. Kerosakan buan pinggang/ ginjal
14. Penyakit sista medula
15. Lupus erythematosus dengan Lupus nephritis
16. Penyakit hati/heper kronik
17. Hepatitis virus fulminan
18. Penyakit paru-paru kronik
19. Pemindahan organ utama
20. Kanser/barah
21. Anaemia aplastik
22. Penyakit neuron motor
23. Penyakit Parkinson
24. Penyakit Alzheimer/ kepincangan rosotan otak organik yang tidakboleh sembuh
25. Sindrom apalik
26. Distrofi otot
27. Sklerosis berbilang
28. Polio/Poliomelitis
29. AIDS akibat pemindahan darah
30. Penyakit boleh membawa maut
31. Buta
32. Melecur teruk
33. Kehilangan daya pertuturan
34. Kehilangan daya pendengaran/pekak
35. Kehilangan upaya untukberdikari
36. Lumpuh/Paraplegia
37. Kecederaan teruk kepala
38. Kardiomiopati
39. Pembedahan otak
40. Manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal (disebabkan oleh penyakit)

Nota:

* Penyakit kritikal yang disahkan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh polisi berkuatkuasa atau dikuatkuasakan semula, tidak akan dilindungi.

** Pembayaran 100% jumlah perlindungan penyakit kritikal kepada peserta, tertakluk peserta masih hidup selepas sebulan dari tarikh disahkan mengidap penyakit kritikal.

CONTOH QUOTATION BAGI IKHLAS WANITA TAKAFUL (IWT)

CONTOH 1 : PELAN E :

PELAN ASAS KANSER WANITA RM25,000 DENGAN MANFAAT KEHAMILAN TERMASUK PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG DISERTAKAN.


Peserta: Wanita 30 tahun, seorang guru (kelas pekerjaan: 1)

Polisi matang: Usia peserta 65 tahun

Nama Pelan: Ikhlas Wanita Takaful DENGAN Manfaat Kehamilan (Pelan E RM25,000)

Jumlah caruman bulanan: RM138.17/sebulan (jumlah caruman kekal sehingga polisi matang)

Manfaat-manfat asas:

1. Manfaat kematian (sebarang sebab): RM25,000

2. Manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh: RM25,000

3. Kanser khusus wanita (manfaat RM25,000 dibayar 100% pada tahap pertama kanser)

Kanser payudara
Kanser servik uteri
Kanser tiup fallopio
Kanser ovari
Kanser uterus
Kanser vagina/vulva

4. Penyakit-penyakit lain wanita

Systemic lupus erythematosus (SLE)
Komplikasi Arthritis Reumatoid
Pembedahan bina semula muka
Pembedahan kulit akibat terbakar
Pembedahan kulit akibat kanser
Karsinoma-in-situ wanita
Pembedahan rekonstruktif payudara

5. Manfaat kehamilan (Manfaat 30% daripada nilai perlindungan atau RM7,500 akan dibayar)

A. Komplikasi kehamilan

Penyebaran penggumpalan intravaskular
Kehamilan ektopik
Tahi lalat hidatidiform
Kematian neonatal

B. Komplikasi kepada bayi

Kecacatan ventricular septum
Kecacatan atrial septum
Sindrom down
Spina bifida
Tertalogy fallot
Transposisi pembuluh darah

6. Manfaat kehidupan ( Manfaat RM750 akan dibayar bagi setiap peristiwa, tertakluk maksimum dua peristiwa sepanjang tempoh takaful dan polisi telah efektif 2 tahun):

Perkahwinan pertama
Kelahiran bayi
Kematian suami
Pemberhentian kerja

Manfaat-manfaat tambahan yang disertakan:

1. Manfaat penyakit kritikal tambahan : RM25,000

2. Manfaat kemalangan : RM50,000

3. Manfaat khairat kematian : RM2,500

4. Manfaat harian elaun wad : RM125

5. Manfaat pengecualian sumbangan (jika menghidap penyakit kritikal atau TPD)


Ringkasan jumlah manfaat keseluruhan(manfaat asas + manfaat tambahan):

1. Manfaat kematian/TPD (biasa) : RM25,000

2. Manfaat kematian/TPD akibat kemalangan : RM75,000

3. Manfaat penyakit kritikal : RM25,000

4. Manfaat khairat kematian : RM2,500

5. Manfaat pengecualian sumbangan : RM44,184 (pengiraan jika berlaku dalam tahun pertama)

6. Manfaat harian elaun wad : RM125

Jumlah anggaran simpanan matang: RM65,584.86 @ anggaran pulangan 4.14%

Peserta boleh mengeluarkan sebahagian simpanan selepas 5 tahun polisi efektif, tertakluk 3 kali maksimum sepanjang tempoh polisi. Caj pengeluaran RM12.00.



---------------------------------------------------------------

CONTOH 2 : PELAN C :

PELAN ASAS KANSER WANITA RM50,000 TANPA MANFAAT KEHAMILAN TERMASUK PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG DISERTAKAN.


Peserta: Wanita 30 tahun, seorang guru (kelas pekerjaan: 1)

Polisi matang: Usia peserta 65 tahun

Nama Pelan: Ikhlas Wanita Takaful TANPA Manfaat Kehamilan (Pelan C RM50,000)

Jumlah caruman bulanan: RM186.04/sebulan (jumlah caruman kekal sehingga polisi matang)

Manfaat-manfat asas:

1. Manfaat kematian (sebarang sebab): RM50,000

2. Manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh: RM50,000

3. Kanser khusus wanita (manfaat RM50,000 dibayar 100% pada tahap pertama kanser)

Kanser payudara
Kanser servik uteri
Kanser tiup fallopio
Kanser ovari
Kanser uterus
Kanser vagina/vulva

4. Penyakit-penyakit lain wanita

Systemic lupus erythematosus (SLE)
Komplikasi Arthritis Reumatoid
Pembedahan bina semula muka
Pembedahan kulit akibat terbakar
Pembedahan kulit akibat kanser
Karsinoma-in-situ wanita
Pembedahan rekonstruktif payudara

5. Manfaat kehidupan ( Manfaat RM1,500 akan dibayar bagi setiap peristiwa, tertakluk maksimum dua peristiwa sepanjang tempoh takaful dan polisi telah efektif 2 tahun):

Perkahwinan pertama
Kelahiran bayi
Kematian suami
Pemberhentian kerja

Manfaat-manfaat tambahan yang disertakan:

1. Manfaat penyakit kritikal tambahan : RM30,000

2. Manfaat kemalangan : RM50,000

3. Manfaat khairat kematian : RM2,500

4. Manfaat harian elaun wad : RM100

5. Manfaat pengecualian sumbangan (jika menghidap penyakit kritikal atau TPD)


Ringkasan jumlah manfaat keseluruhan(manfaat asas + manfaat tambahan):

1. Manfaat kematian/TPD (biasa) : RM50,000

2. Manfaat kematian/TPD akibat kemalangan : RM100,000

3. Manfaat penyakit kritikal : RM30,000

4. Manfaat khairat kematian : RM2,500

5. Manfaat pengecualian sumbangan : RM60,506.95 (pengiraan jika berlaku dalam tahun pertama)

6. Manfaat harian elaun wad : RM100

Jumlah anggaran simpanan matang: RM78,717.14 @ anggaran pulangan 4.14%

Peserta boleh mengeluarkan sebahagian simpanan selepas 5 tahun polisi efektif, tertakluk 3 kali maksimum sepanjang tempoh polisi. Caj pengeluaran RM12.00.